Sunday 27 November 2011

KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 
 
 
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Pengertian Puasa

Menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat-syarat wajib puasa lima(5) perkara :

1.Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
2.Sampai Umur (Akil Baligh) - kanak-kanak belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
3.Berakal (Siuman) - orang yang gila tidak wajib berpuasa.
4.Kuasa(Berdaya) Berpuasa - orang sakit yang merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainyatidak wajib berpuasa.
5.Bermukim - orang yang dalam pelayaran (bermusafir) lebih dari dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa,
tetapi wajib qadak.

Rukun puasa ada tiga (3) :

1.Orang yang berpuasa.
2.Niat.
3.Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sunday 20 November 2011

Pengertian Wuduk

Membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak dimulai dengan niat .

Rukun Wuduk

1.Niat 
2.Membasuh Muka
3.Membasuh kedua-dua tangan  hingga ke siku
4.Menyapu sebahagian kepala
5.Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6.Tertib

Perkara Sunat ketika berwuduk

1.Memulakan dengan Basmallah
2.Membasuh kedua tangan hingga pergelangan
3.berkumur-kumur
4.Memasuk air dlm hidung dan mengeluarkannya
5.Menyapu air keseluruh kepala
6.Membasuh kedua-dua telinga
7.Menggosok celah jari kaki dan tangan
8.Berturut-turut – tidak diselangi masa yang lama
   ketika membasuh satu anggota dgn yg lain
9.Membasuh 3 kali setiap anggota wuduk
10.Membaca doa selepas wuduk

Perkara Makruh ketika wuduk

1.Membasuh anggota wuduk lebih 3 kali
2.Berkumur-kumur atau memasukkan air ke dlm
   hidung secara berlebihan(  bagi org berpuasa )
3.Mendahului anggota kiri
4.Bercakap-cakap ketika berwuduk

Perkara Membatalkan wuduk

1.Keluar sesuatu dari qubul dan dubur
2.Bersentuhan kulit lelaki dgn perempuan bukanmahram tanpa berlapik
3.Hilang akal  :  disebabkan  gila ,mabuk ,pengsan atau mengambil ubat yang
                          boleh menghilangkan ingatan
4.Tidur yang tidak tetap papan punggung
5.Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain
   tanpa berlapik

Cara-cara Mengambil Wuduk 




Friday 18 November 2011

PENGERTIAN SOLAT

Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”



RUKUN SOLAT

1.Takbiratul Ihram
2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir
11. Membaca Selawat kepada Rasulullah SAW
12. Salam
13. Tertib


SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

1. Islam – tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat akal.
4. Boleh mendengar dan melihat
5. Suci daripada haid dan nifas


SYARAT –SYARAT SAH SOLAT

1. Yakin masuk waktu solat.
2. Suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
3. Suci drp hadas besar dan hadas kecil.
4. Menutup aurat.
5. Mengadap kiblat.


PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Meninggalkan salah satu rukun solat.
2. Bercakap dgn sengaja.
3. Berhadas kecil @ besar.
4. Terkena najis pada pakaian @ badan.
5. Terbuka aurat dgn sengaja.
6. Ketawa mengeluarkan suara.
7. Berubah niat.
8. Makan @ minum dgn sengaja.
9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
10. Berpaling dada dari arah kiblat.
11. Murtad.


Cara-cara Melakukan Solat Suboh Dengan Sempurna: